Selamat Menduduki PMR

Selamat Menduduki PMR
MPSMPP Mengucapkan selamat menduduki Penilaian Menengah Rendah

Mutakhir dan Terkini

Dari Pelbagai Sumber

Peperiksaan Percubaan Bersama - Panduan Peperiksaan Bersama

PANDUAN PEPERIKSAAN BERSAMA PKPSM NEGERI PULAU PINANG

Semua Pengetua Negeri Pulau Pinang

Tahniah dan penghargaan di atas penyertaan sekolah tuan dalam melaksanakan peperiksaan bersama PKPSM Negeri Pulau Pinang.

1 Berikut ialah panduan pengurusan kertas soalan, Anda diwajibkan mematuhi arahan yang ditetapkan. Sebarang ketidakakuran dan kelalaian tuan akan menyebabkan kebocoran soalan.

1.1 Tarikh Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM

(a) PMR : 18 Ogos 2010 ~ 25.08.2010

(b) SPM : 20 September 2010 ~ 04 Oktober 2010

1.2 Penyerahan Kertas Soalan

Kertas soalan akan diedarkan oleh Pencetak melalui Ketua Kelompok M1 ~ M9. Anda diminta memungutnya pada 16 Ogos 2010 atau 2 hari sebelum peperiksaan.

1.3 Penyimpanan Kertas Soalan

Kertas soalan perlulah disimpan di dalam almari berkunci di bilik utama Pengetua.

1.4 Pengedaran Kertas Soalan Kepada Calon

Kertas soalan hanya boleh di buka 30 minit sebelum peperiksaan berlangsung. Ia perlu di buka di dewan atau di bilik di hadapan calon. Bagi yang menggunakan bilik, soalan boleh dibuka di bilik pertama, dikira dan diedarkan kepada bilik-bilik lain. KERTAS SOALAN SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DIBUKA SEBELUM HARI PEPERIKSAAN. KERTAS SOALAN DIKIRA BOCOR SEKIRANYA DIBUKA LEBIH AWAL.



1.5 Susunan Bungkusan Soalan

Bungkusan soalan disusun mengikut tarikh. Hari pertama diletakkan di bahagian atas diikuti hari seterusnya.

1.6 Kekurangan Bekalan Kertas Soalan

Sekiranya kertas soalan tidak mencukupi anda diminta kuarantinkan calon dan membuat cetakan sendiri mengikut keperluan calon. Anda diminta melaporkannya terus kepada Pencetak melalui talian 012-433 7922 dan memaklumkannya kepada Pengetua SMK Bandar Baru PERDA. Sebarang ketidakakuran soalan menjadi tanggungan pencetak.

1.7 Jadual Waktu Peperiksaan PKPSM

Ia adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Sekiranya anda ingin memasukkan mata pelajaran lain sila gunakan hari yang lain.

1.8 Skema Jawapan

Skema jawapan dan invois disertakan bersama-sama kertas soalan. INGAT ! ia tidak boleh dibuka (SULIT) kecuali sehari selepas tamat peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut.

Sebarang pertanyaan masalah dan ketidakakuran sila hubungi Biro tugas-tugas khas PKPSM atau Tuan Haji Mohd. Munir Bin Md. Ramli di SMK Bandar Baru PERDA melalui nombor telefon : 04-5306094.


Sekian, semoga kita semua dapat bekerjasama dalam meningkatkan kemajuan pelajar-pelajar kita dalam menyemarakkan Pulau Pinang di Persada Antarabangsa. Sekian terima kasih.